PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • 1 Samuel 13:13, 14
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 13 Lalu Samuel berkata kepada Saul, “Tuanku telah bertindak dengan bodoh. Tuanku tidak mematuhi perintah yang diberikan oleh Yehuwa, Tuhan tuanku.+ Jika tuanku mematuhinya, Yehuwa pasti membenarkan tuanku dan keturunan tuanku memerintah Israel untuk selama-lamanya. 14 Tetapi sekarang, kerajaan tuanku tidak akan berkekalan.+ Yehuwa akan mencari seorang lelaki yang menyenangkan hati-Nya+ dan Yehuwa akan melantiknya sebagai pemimpin umat-Nya.+ Hal ini demikian kerana tuanku tidak mematuhi apa yang diperintahkan oleh Yehuwa kepada tuanku.”+

  • 1 Samuel 15:27, 28
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 27 Semasa Samuel berpaling untuk pergi, Saul menarik hujung jubah Samuel yang tidak berlengan lalu jubah itu koyak. 28 Oleh itu Samuel berkata, “Pada hari ini, Yehuwa sudah mengoyakkan kerajaan Israel daripada tuanku dan Dia akan memberikannya kepada orang lain yang lebih baik daripada tuanku.+

  • 1 Samuel 16:1
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 16 Akhirnya Yehuwa berfirman kepada Samuel, “Berapa lamakah engkau mahu bersedih kerana Saul,+ sedangkan Aku sudah menolaknya sebagai raja yang memerintah orang Israel?+ Isilah sebuah tanduk dengan minyak+ dan berangkatlah. Aku akan mengutus engkau kepada Isai,+ penduduk Betlehem itu, kerana Aku telah memilih salah seorang daripada anak lelakinya sebagai raja.”+

  • 1 Samuel 16:12
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 12 Maka Isai menyuruh orang untuk memanggil anak bongsunya. Anaknya itu kacak dan matanya menawan.+ Kemudian Yehuwa berfirman, “Inilah orangnya! Bangunlah dan urapilah dia.”+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi