-
1 Raja-Raja 5:3Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
3 “Tuanku tahu bahawa Daud, ayahanda beta, tidak diizinkan untuk membina sebuah rumah untuk memuliakan nama Yehuwa, Tuhan baginda, kerana baginda telah berperang melawan musuh-musuh di sekelilingnya. Namun akhirnya Yehuwa memberikan kemenangan kepada baginda atas mereka semua.+
-
-
1 Raja-Raja 8:17-19Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
17 Daud, ayahanda beta, memang berhasrat untuk membina sebuah rumah bagi memuliakan nama Yehuwa, Tuhan orang Israel.+ 18 Tetapi Yehuwa berfirman kepada ayahanda beta, ‘Engkau berhasrat untuk membina sebuah rumah bagi memuliakan nama-Ku, dan hasratmu ini memang baik. 19 Namun engkau tidak akan membinanya. Anakmu, ya anakmu sendirilah yang akan membina rumah untuk memuliakan nama-Ku.’+
-
-
1 Tawarikh 17:4-6Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
4 “Pergilah kepada hamba-Ku Daud, dan katakanlah kepadanya, ‘Inilah firman Yehuwa: “Bukan engkau yang akan membina sebuah rumah untuk Kudiami.+ 5 Sejak Aku menyelamatkan orang Israel sehingga hari ini, Aku tidak pernah tinggal di dalam sebuah rumah. Aku telah berpindah dari satu khemah ke khemah yang lain, dan dari satu tempat tinggal ke tempat tinggal yang lain.+ 6 Sepanjang masa Aku bersama bangsa Israel, pernahkah Aku bertanya, ‘Mengapakah kamu tidak mendirikan rumah daripada kayu sedar untuk-Ku?’ Pernahkah Aku menanyakan hal itu kepada hakim-hakim yang telah Aku lantik untuk menggembala umat-Ku?”’
-
-
1 Tawarikh 22:7, 8Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
7 Daud berkata kepada Salomo, “Ayahanda berhasrat untuk membina sebuah rumah untuk memuliakan nama Yehuwa, Tuhan ayahanda.+ 8 Tetapi Yehuwa berfirman kepada ayahanda, ‘Engkau telah menumpahkan banyak darah di hadapan-Ku, dan engkau juga telah banyak kali berperang. Ya, engkau telah menumpahkan begitu banyak darah di atas bumi. Oleh itu, engkau tidak akan membina sebuah rumah untuk memuliakan nama-Ku.+
-