PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • 1 Tawarikh 17:16-22
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 16 Kemudian Raja Daud duduk di hadapan Yehuwa dan berkata, “Ya Tuhan Yehuwa, siapalah aku ini dan siapalah keluargaku sehingga Engkau begitu baik terhadap kami.+ 17 Malah Engkau ingin melakukan lebih banyak daripada semua itu, ya Tuhan, kerana Engkau berfirman bahawa keturunan hamba-Mu ini akan wujud buat masa yang lama.+ Ya Tuhan Yehuwa, Engkau menganggap aku sebagai orang yang patut ditinggikan.* 18 Apa lagi yang dapat hamba-Mu ini katakan tentang penghormatan yang telah Engkau berikan? Engkau mengetahui segala sesuatu tentangku.+ 19 Ya Yehuwa, demi hamba-Mu ini dan selaras dengan kehendak-Mu,* Engkau melakukan perbuatan-perbuatan besar ini dan menyingkapkan keagungan-Mu.+ 20 Ya Yehuwa, tiada Tuhan yang lain selain Engkau.+ Segala-gala yang telah kami dengar membuktikan bahawa Engkau tiada tandingan. 21 Di seluruh bumi ini, tiada bangsa lain seperti umat-Mu Israel.+ Ya Tuhan yang benar, Engkau telah menebus mereka dan menjadikan mereka umat-Mu.+ Engkau mengukir nama baik untuk diri-Mu dengan melakukan perbuatan-perbuatan yang besar dan menakjubkan.+ Engkau mengusir bangsa-bangsa lain dari hadapan umat-Mu+ yang telah Engkau selamatkan dari Mesir. 22 Engkau telah menjadikan Israel umat-Mu untuk selama-lamanya.+ Ya Yehuwa, Engkau telah menjadi Tuhan mereka.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi