PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • 1 Tawarikh 17:23-27
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 23 Ya Yehuwa, tunaikanlah janji yang telah Engkau ucapkan berkenaan aku dan keturunanku untuk sepanjang masa. Semoga Engkau menepati apa yang telah Engkau janjikan.+ 24 Semoga nama-Mu diagungkan+ buat selama-lamanya, supaya orang berkata, ‘Yehuwa, ketua angkatan syurga, ialah Tuhan orang Israel. Sememangnya, Dia ialah Tuhan orang Israel.’ Semoga keluarga hamba-Mu ini teguh di hadapan-Mu.+ 25 Ya Tuhanku, Engkau telah menyingkapkan bahawa Engkau akan menjadikan keluargaku keturunan diraja. Itulah sebabnya aku mengucapkan doa ini kepada-Mu. 26 Ya Yehuwa, Engkaulah Tuhan yang benar. Engkau telah menjanjikan perkara-perkara baik ini untukku. 27 Oleh itu, semoga Engkau memberkati keturunanku supaya mereka memerintah di hadapan-Mu buat selama-lamanya. Ya Yehuwa, Engkau telah memberkati keturunanku, dan keturunanku akan diberkati buat selama-lamanya.”

  • Mazmur 89:20
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 20 Aku telah menemui hamba-Ku Daud;+

      Aku telah mengurapinya dengan minyak suci-Ku.+

  • Mazmur 89:28
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 28 Aku akan menunjukkan kasih setia-Ku kepadanya buat selama-lamanya,+

      Dan perjanjian-Ku dengannya tidak akan dibatalkan.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi