-
Ulangan 23:3-6Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
3 “Orang Ammon dan orang Moab tidak boleh menjadi sebahagian daripada sidang Yehuwa.+ Semua keturunan mereka, bahkan sampai generasi yang ke-10, tidak boleh menjadi sebahagian daripada sidang Yehuwa. 4 Hal ini demikian kerana mereka tidak membantu kamu dengan memberikan makanan dan minuman semasa kamu dalam perjalanan keluar dari Mesir,+ dan kerana mereka mengupah Bileam anak Beor, dari Petor di Mesopotamia, untuk mengutuk kamu.+ 5 Tetapi Yehuwa, Tuhan kamu, tidak mendengarkan Bileam.+ Sebaliknya, Yehuwa, Tuhan kamu, mengubah kutukannya itu menjadi berkat,+ kerana Yehuwa mengasihi kamu.+ 6 Selama kamu hidup, kamu tidak boleh membantu bangsa-bangsa itu atau menjadikan mereka makmur.+
-