-
1 Tawarikh 19:1-5Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
19 Beberapa waktu kemudian, Nahas, iaitu raja orang Ammon, meninggal, dan anak lelakinya menggantikannya sebagai raja.+ 2 Daud berkata, “Beta akan menunjukkan kasih setia+ kepada Hanun anak Nahas kerana bapanya telah menunjukkan kasih setia kepada beta.” Maka dia mengutus orang untuk menghiburkan hati Hanun. Tetapi apabila mereka sampai di Ammon+ untuk menghiburkan hati Hanun, 3 para pemimpin Ammon berkata kepada Hanun, “Benarkah Daud menghantar utusannya untuk menghiburkan hati tuanku dan untuk menghormati ayahanda tuanku? Bukankah Daud mengutus mereka sebagai pengintip untuk memerhatikan negeri ini supaya mereka dapat menakluki kita?” 4 Maka Hanun menangkap para utusan Daud lalu mencukur janggut mereka+ dan memotong pakaian mereka pada aras pinggang. Kemudian dia menyuruh mereka pergi. 5 Setelah mendengar hal ini, Daud segera menghantar orang untuk berjumpa dengan para utusan itu kerana mereka telah dimalukan dengan teruk. Dia mengirim pesanan ini kepada mereka: “Tinggallah di Yerikho+ sehingga janggut kamu tumbuh semula. Kemudian barulah kamu pulang.”
-