PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Kejadian 49:10
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 10 Yehuda akan sentiasa memegang tongkat kerajaan,+ dan tongkat pemerintah akan sentiasa ada di antara kakinya sehingga Silo* datang,+ dan semua orang harus mematuhi dia.*+

  • 1 Samuel 15:24
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 24 Lalu Saul berkata kepada Samuel, “Beta sudah berdosa kerana beta tidak mematuhi perintah Yehuwa dan kata-kata tuan. Beta takut terhadap rakyat lalu beta mendengar apa yang dikatakan oleh mereka.

  • 1 Samuel 15:28
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 28 Oleh itu Samuel berkata, “Pada hari ini, Yehuwa sudah mengoyakkan kerajaan Israel daripada tuanku dan Dia akan memberikannya kepada orang lain yang lebih baik daripada tuanku.+

  • 1 Samuel 16:13
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 13 Oleh itu, Samuel mengambil tanduk yang berisi minyak+ lalu mengurapinya di hadapan abang-abangnya. Sejak hari itu, kuasa suci Yehuwa dicurahkan ke atas Daud.+ Kemudian Samuel berangkat ke Rama.+

  • 2 Samuel 5:4, 5
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 4 Daud berumur 30 tahun semasa dia menjadi raja, dan dia memerintah selama 40 tahun.+ 5 Di Hebron, dia menjadi raja atas Yehuda selama 7 tahun dan 6 bulan, dan di Yerusalem,+ dia menjadi raja atas seluruh Israel dan Yehuda selama 33 tahun.

  • 1 Tawarikh 11:3
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 3 Oleh itu, semua pemimpin orang Israel pergi kepada Raja Daud di Hebron, dan dia membuat perjanjian dengan mereka di hadapan Yehuwa. Kemudian mereka mengurapi Daud dan menjadikannya raja Israel.+ Hal ini berlaku selaras dengan apa yang difirmankan oleh Yehuwa menerusi Samuel.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi