-
Hakim-Hakim 9:50-53Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
50 Selepas itu Abimelekh pergi ke Tebes. Dia berkhemah di Tebes lalu menawan kota itu. 51 Di tengah-tengah kota itu terdapat sebuah menara yang kukuh. Semua lelaki dan perempuan serta semua pemimpin di kota itu melarikan diri ke menara itu. Mereka mengunci pintu dari dalam lalu naik ke bumbung menara itu. 52 Abimelekh pergi ke menara itu dan menyerangnya. Dia mendekati pintu menara itu untuk membakarnya. 53 Kemudian seorang wanita menjatuhkan sebuah batu kisaran ke atas kepala Abimelekh sehingga tengkoraknya retak.+
-