-
2 Samuel 12:15Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
15 Kemudian Natan pulang ke rumahnya.
Yehuwa menyebabkan anak yang dilahirkan oleh isteri Uria itu jatuh sakit.
-
-
2 Samuel 12:19Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
19 Apabila Daud nampak mereka berbisik-bisik, dia sedar bahawa anaknya sudah mati. Dia pun berkata kepada mereka, “Adakah anak itu sudah mati?” Mereka menjawab, “Ya tuanku.”
-
-
2 Samuel 13:10-15Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
10 Amnon berkata kepada Tamar, “Bawalah makanan itu ke bilik tidur supaya aku dapat makan.” Maka Tamar mengambil kuih-kuih berbentuk hati yang telah dibuatnya dan membawanya kepada Amnon di bilik tidurnya. 11 Ketika Tamar menghidangkan kuih-kuih itu kepada Amnon, Amnon memegang Tamar dan berkata, “Marilah tidur dengan aku!” 12 Tetapi Tamar berkata, “Jangan begitu abangku! Jangan menghinaku kerana hal ini tidak patut berlaku di Israel.+ Jangan lakukan perbuatan yang memalukan ini.+ 13 Bagaimana mungkin aku dapat menanggung rasa malu ini? Abang juga akan dipandang hina di Israel. Lebih baik jika abang berunding dengan raja. Tentu raja akan mengabulkan permintaanmu.” 14 Namun Amnon tidak mahu mendengar nasihatnya. Oleh sebab Amnon lebih kuat daripada Tamar, dia merogol Tamar. 15 Selepas itu, Amnon menjadi sangat benci terhadap Tamar. Kebenciannya itu lebih besar daripada cintanya yang mula-mula. Maka dia berkata kepada Tamar, “Bangun! Keluar dari sini!”
-
-
2 Samuel 15:14Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
14 Daud pun segera berkata kepada semua pegawai yang bersamanya di Yerusalem, “Ayuh! Marilah kita melarikan diri.+ Jika tidak, tiada seorang pun antara kita yang dapat melepaskan diri daripada Absalom! Cepatlah, janganlah sampai kita dikejar dan ditangkap olehnya. Dia pasti akan mendatangkan malapetaka atas kita dan membunuh semua penduduk kota ini dengan pedang!”+
-