PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Yesaya 38:3
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 3 “Aku mohon kepada-Mu, ya Yehuwa, ingatlah+ bahawa aku telah mengabdi kepada-Mu dengan setia dan dengan sepenuh hati.+ Aku telah melakukan apa yang baik di mata-Mu.” Lalu Hizkia menangis teresak-esak.

  • Yesaya 38:5
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 5 “Kembalilah kepada Hizkia dan beritahulah dia,+ ‘Inilah firman Yehuwa, Tuhan yang disembah Daud, nenek moyangmu: “Aku telah mendengar doamu+ dan nampak air matamu.+ Aku akan menambahkan 15 tahun kepada jangka hayatmu,+

  • Yoel 2:13, 14
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 13 Jangan hanya mengoyakkan pakaian kamu,+ sebaliknya biarlah hati kamu yang remuk itu menyatakan penyesalan.*+

      Kembalilah kepada Aku, Yehuwa, Tuhan kamu.

      Aku Tuhan yang penuh rahmat dan belas kasihan. Aku tidak cepat murka+ dan Aku penuh dengan kasih setia.+

      Aku akan mempertimbangkan semula keputusan-Ku dan tidak mendatangkan bencana yang telah Aku firmankan.

      14 Mudah-mudahan, Aku akan berpaling daripada kemurkaan-Ku dan mengubah fikiran-Ku,+

      Lalu mencurahkan berkat ke atas kamu.

      Dengan demikian, kamu dapat mempersembahkan korban bijirin dan korban wain kepada Aku, Yehuwa, Tuhan kamu.

  • Amos 5:15
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 15 Bencilah apa yang jahat, dan cintailah apa yang baik.+

      Biarlah keadilan ditegakkan di pintu gerbang kota.+

      Mungkin Aku, Yehuwa, ketua angkatan syurga,

      Akan mengasihani keturunan Yusuf yang masih hidup.’+

  • Yunus 3:8, 9
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 8 Manusia dan binatang mesti memakai kain guni. Semua orang mesti berseru kepada Tuhan dengan bersungguh-sungguh dan berhenti melakukan perbuatan yang jahat dan kejam. 9 Mungkin Tuhan yang benar akan mengubah fikiran-Nya dan tidak lagi murka, maka kita tidak akan dibinasakan.”

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi