-
2 Samuel 19:25-27Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
25 Apabila dia datang ke* Yerusalem untuk menghadap raja, raja bertanya kepadanya, “Mefiboset, mengapa kamu tidak ikut bersama beta?” 26 Dia menjawab, “Tuanku, hamba tempang,+ maka hamba berkata kepada pelayan hamba,+ ‘Pasangkanlah pelana pada keldaiku supaya aku dapat menunggang keldai itu dan mengikut raja.’ Tetapi pelayan itu telah menipu hamba. 27 Pelayan itu juga memfitnah hamba di hadapan tuanku.+ Namun tuanku seperti malaikat Tuhan yang benar. Maka lakukanlah apa sahaja yang tuanku mahu.
-