-
1 Samuel 31:4Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
4 Maka Saul berkata kepada askar yang membawa senjatanya, “Hunuskanlah pedangmu dan tikamlah beta. Beta tidak ingin ditikam dan diperlakukan dengan kejam oleh bangsa yang tidak bersunat ini.”+ Tetapi askar itu enggan berbuat demikian kerana dia sangat takut. Oleh itu, Saul mengambil pedang itu dan menikam dirinya.*+
-
-
1 Raja-Raja 16:18Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
18 Apabila Zimri nampak bahawa kota itu telah ditawan, dia masuk ke dalam menara di istana. Kemudian dia membakar istana itu dan mati dalam kebakaran itu.+
-
-
Mazmur 5:10Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
10 Ya Tuhan, Engkau akan menyatakan mereka bersalah,
Kerana mereka telah memberontak terhadap-Mu.
Mereka akan celaka akibat rancangan mereka sendiri.+
Biarlah mereka dilenyapkan akibat dosa mereka yang begitu banyak.
-
-
Matius 27:3Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
3 Yudas, yang telah mengkhianati Yesus, berasa sesal setelah mengetahui bahawa Yesus dijatuhi hukuman mati. Oleh itu, dia memulangkan 30 keping wang perak itu kepada ketua-ketua imam dan para pemimpin orang Yahudi,+
-