PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Yosua 7:24
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 24 Kemudian Akhan+ daripada puak Zerah, bersama dengan wang perak, pakaian istimewa, dan emas+ itu dibawa oleh Yosua dan semua umat Israel ke Lembah* Akhor.+ Segala milik Akhan, termasuk semua anak lelaki dan anak perempuannya, lembu, keldai, biri-biri, kambing, dan khemahnya, juga dibawa ke situ.

  • Yosua 7:26
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 26 Kemudian, mereka menimbuni mayat Akhan dengan batu sehingga menjadi satu timbunan besar. Lalu kemarahan Yehuwa yang membara pun reda.+ Itulah sebabnya tempat itu dinamakan Lembah Akhor* sehingga hari ini. Timbunan batu itu masih ada di sana sampai hari ini.

  • Yosua 8:29
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 29 Yosua menggantungkan mayat raja Ai pada sebatang tiang* sehingga waktu senja. Apabila matahari hampir terbenam, Yosua memberikan perintah supaya mayat itu diturunkan.+ Kemudian mereka membuang mayat itu di depan pintu gerbang kota dan menimbuni mayat itu dengan batu sehingga menjadi satu timbunan yang besar. Timbunan batu itu masih di sana sampai hari ini.

  • Yosua 10:23
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 23 Maka lima orang raja itu, iaitu raja-raja dari Yerusalem, Hebron, Yarmut, Lakhis, dan Eglon,+ dikeluarkan dari gua dan dibawa kepada Yosua.

  • Yosua 10:27
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 27 Pada waktu matahari terbenam, Yosua memerintahkan agar mayat raja-raja itu diturunkan dari tiang+ dan dibuang ke dalam gua tempat mereka bersembunyi dahulu. Kemudian batu-batu besar diletakkan di pintu masuk gua. Sampai hari ini, batu-batu itu masih ada di situ.

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi