-
2 Samuel 9:7-10Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
7 Daud berkata kepadanya, “Janganlah takut. Beta pasti akan menunjukkan kasih setia+ kepadamu demi ayahmu Yonatan. Beta akan mengembalikan kepadamu semua tanah yang dahulunya milik datukmu Saul. Kamu akan sentiasa makan di meja beta.”+
8 Mefiboset bersujud dan berkata, “Siapalah hamba ini. Hamba hanya seperti anjing mati.+ Mengapakah tuanku melayan hamba dengan begitu baik?” 9 Selepas itu, raja memanggil Ziba, iaitu hamba Saul, dan berkata kepadanya, “Segala milik Saul dan keluarganya akan beta berikan kepada cucunya, Mefiboset.+ 10 Kamu, anak-anakmu, dan hamba-hambamu akan mengusahakan tanahnya. Kamu akan mengumpulkan hasil tanah dan membekalkan makanan kepada keluarganya. Tetapi Mefiboset akan sentiasa makan di meja beta.”+
Ziba mempunyai 15 orang anak lelaki dan 20 orang hamba.+
-