-
1 Tawarikh 3:1-4Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
3 Inilah senarai nama anak-anak Daud yang dilahirkan di Hebron:+ Anak sulung Daud ialah Amnon,+ ibunya bernama Ahinoam+ dari Yizreel; anak kedua ialah Daniel, ibunya bernama Abigail+ dari Karmel; 2 anak yang ketiga ialah Absalom,+ ibunya bernama Maakha, iaitu anak perempuan kepada Raja Talmai dari Gesur; anak yang keempat ialah Adonia,+ ibunya bernama Hagit; 3 anak yang kelima ialah Shefatiya, ibunya bernama Abital; dan anak yang keenam ialah Itream, ibunya bernama Egla. 4 Keenam-enam orang anak itu dilahirkan di Hebron. Daud memerintah di Hebron selama 7 tahun dan 6 bulan, dan di Yerusalem selama 33 tahun.+
-