PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Yosua 7:24-26
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 24 Kemudian Akhan+ daripada puak Zerah, bersama dengan wang perak, pakaian istimewa, dan emas+ itu dibawa oleh Yosua dan semua umat Israel ke Lembah* Akhor.+ Segala milik Akhan, termasuk semua anak lelaki dan anak perempuannya, lembu, keldai, biri-biri, kambing, dan khemahnya, juga dibawa ke situ. 25 Yosua berkata, “Mengapakah kamu menyebabkan kami ditimpa malapetaka?+ Hari ini, Yehuwa akan mendatangkan malapetaka kepadamu.” Maka semua orang Israel merejam Akhan, anggota keluarganya, dan segala miliknya, lalu membakar semuanya.+ Ya, mereka semua direjam sampai mati.+ 26 Kemudian, mereka menimbuni mayat Akhan dengan batu sehingga menjadi satu timbunan besar. Lalu kemarahan Yehuwa yang membara pun reda.+ Itulah sebabnya tempat itu dinamakan Lembah Akhor* sehingga hari ini. Timbunan batu itu masih ada di sana sampai hari ini.

  • 2 Samuel 24:25
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 25 Daud pun mendirikan sebuah mazbah+ untuk Yehuwa lalu mempersembahkan korban bakar dan korban pendamaian di situ. Selepas itu, Yehuwa mendengar rayuan+ orang Israel dan menghentikan wabak yang menimpa mereka.

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi