-
2 Samuel 21:8-11Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
8 Maka Daud mengambil Armoni dan Mefiboset, iaitu anak-anak lelaki Saul yang dilahirkan oleh Rizpa+ anak Aya. Dia juga mengambil lima orang anak lelaki Adriel yang dilahirkan oleh Mikhal*+ anak Saul. (Adriel+ ialah anak Barzilai dari Mehola.) 9 Kemudian dia menyerahkan mereka kepada orang Gibeon. Orang Gibeon menggantungkan mayat-mayat mereka di atas gunung di hadapan Yehuwa.+ Tujuh orang itu mati bersama-sama. Mereka dibunuh pada permulaan musim menuai, iaitu ketika musim menuai barli bermula. 10 Rizpa+ anak Aya mengambil kain guni dan membentangkannya di atas batu. Pada siang hari, dia mengusir burung-burung agar burung-burung itu tidak menghinggapi mayat mereka, dan pada waktu malam, dia melindungi mayat mereka daripada binatang liar. Dia berada di situ dari permulaan musim menuai sehingga hujan turun membasahi mayat-mayat itu.
11 Daud mendapat berita tentang apa yang dilakukan oleh Rizpa anak Aya, iaitu gundik Saul itu.
-