-
Bilangan 16:46, 47Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
46 Musa berkata kepada Harun, “Ambillah bekas perbaraan dan isilah bekas itu dengan bara api dari mazbah+ lalu bubuhlah kemenyan pada bara api itu. Cepatlah pergi kepada umat Israel untuk memohon pengampunan dosa bagi pihak mereka+ kerana kemurkaan Yehuwa sudah berkobar! Lakukanlah hal ini dengan segera kerana wabak sudah bermula!” 47 Maka Harun pun mengambil bekas perbaraan seperti yang diperintahkan oleh Musa, lalu dia lari ke tengah-tengah orang yang sedang berkumpul. Apabila dia melihat bahawa wabak sudah bermula, dia segera membubuh kemenyan ke dalam bekas perbaraan itu dan mula memohon pengampunan dosa bagi pihak mereka.
-