-
1 Raja-Raja 2:31, 32Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
31 Raja berkata kepadanya, “Lakukanlah apa yang dikatakannya. Bunuhlah dia dan kebumikanlah dia. Dengan demikian, beta dan keluarga ayahanda beta tidak perlu bertanggungjawab terhadap darah orang yang tidak bersalah yang telah ditumpahkan oleh Yoab.+ 32 Yehuwa akan menuntut hutang darah daripadanya kerana dia telah menggunakan pedang untuk membunuh dua orang yang tidak bersalah dan yang lebih baik daripadanya, iaitu Abner+ anak Ner, ketua tentera Israel,+ dan Amasa+ anak Yeter, ketua tentera Yehuda. Yoab telah membunuh mereka tanpa pengetahuan Daud, ayahanda beta.+
-