-
2 Tawarikh 1:3-6Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
3 Selepas itu, Salomo dan mereka semua pergi ke tempat tinggi di Gibeon,+ kerana di situlah khemah pertemuan Tuhan yang benar diletakkan. Khemah itu telah dibuat oleh Musa, hamba Yehuwa, semasa dia berada di padang belantara. 4 Namun, Daud telah memindahkan tabut Tuhan yang benar dari Kiryat-yearim+ ke tempat yang telah disediakannya. Dia memindahkan tabut itu ke dalam sebuah khemah yang didirikannya di Yerusalem.+ 5 Mazbah tembaga+ yang dibuat oleh Bezaleel+ anak Uri, cucu Hur, telah diletakkan di hadapan khemah suci Yehuwa. Salomo dan segenap umat Tuhan berdoa di situ. 6 Di mazbah tembaga+ yang terletak di hadapan khemah pertemuan itu, Salomo mempersembahkan 1,000 ekor binatang sebagai korban bakar di hadapan Yehuwa.
-