-
Ulangan 4:41-43Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
41 Kemudian, Musa memilih tiga buah kota di sebelah timur Sungai Yordan.+ 42 Jika seseorang membunuh orang lain dengan tidak sengaja, dan dia tidak membenci orang itu,+ maka dia harus melarikan diri ke salah sebuah kota itu supaya dia tidak dibunuh.+ 43 Kota yang dipilih untuk suku Ruben ialah Bezer+ di padang belantara yang terletak di dataran tinggi. Kota yang dipilih untuk suku Gad pula ialah Ramot+ di Gilead, manakala kota yang dipilih untuk suku Manasye+ ialah Golan+ di Basan.
-
-
1 Raja-Raja 22:3Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
3 Raja Israel berkata kepada para pegawainya, “Tahukah kamu bahawa Ramot-gilead+ milik kita? Tetapi mengapa pula kita teragak-agak untuk merampas semula kota itu daripada raja Siria?”
-