PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Ulangan 17:15, 16
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 15 Jika begitu, kamu harus melantik seorang raja yang dipilih oleh Yehuwa, Tuhan kamu.+ Kamu harus melantik seorang raja daripada kalangan kamu. Kamu tidak boleh melantik orang asing sebagai raja. 16 Raja itu tidak boleh mempunyai banyak kuda,+ dan dia tidak boleh menghantar orang ke Mesir untuk mendapatkan lebih banyak kuda,+ kerana Yehuwa telah berfirman, ‘Kamu tidak boleh kembali ke Mesir.’

  • 1 Raja-Raja 10:24-26
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 24 Semua orang di seluruh bumi datang menghadap Salomo untuk mendengar kebijaksanaan yang telah dikurniakan Tuhan kepadanya.+ 25 Setiap orang yang mengunjungi Raja Salomo membawa hadiah untuknya, iaitu barangan perak dan emas, pakaian, senjata, minyak balsam, kuda, dan baghal. Hal ini berterusan tahun demi tahun.

      26 Bilangan kereta kuda dan kuda* Salomo terus bertambah sehingga dia mempunyai 1,400 buah kereta kuda dan 12,000 ekor kuda.*+ Dia menempatkan semuanya di kota-kota penyimpanan kereta kuda dan di tempat yang berhampiran dengan istana raja di Yerusalem.+

  • 2 Tawarikh 1:14
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 14 Bilangan kereta kuda dan kuda* Salomo terus bertambah sehingga dia mempunyai 1,400 buah kereta kuda dan 12,000 ekor kuda.*+ Dia menempatkan semuanya di kota-kota penyimpanan kereta kuda+ dan di tempat yang berhampiran dengan istana raja di Yerusalem.+

  • 2 Tawarikh 1:17
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 17 Setiap kereta kuda yang dibeli dari Mesir berharga 600 keping perak, dan setiap kuda berharga 150 keping perak. Kemudian, kereta kuda dan kuda itu dijual kepada semua raja orang Het dan kepada raja-raja Siria.

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi