-
1 Tawarikh 28:11, 12Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
11 Kemudian Daud memberikan pelan menara+ kepada Salomo, dan juga pelan bilik-bilik, termasuk bilik stor, bilik di bumbung, bilik di bahagian dalam Rumah Tuhan, dan bilik tempat pengampunan dosa.*+ 12 Daud memberi Salomo semua pelan yang telah disingkapkan kepadanya menerusi kuasa suci Tuhan, iaitu pelan halaman Rumah Yehuwa,+ pelan bilik-bilik makan di sekelilingnya, pelan tempat penyimpanan harta rumah Tuhan yang benar, dan pelan tempat penyimpanan alat-alat yang telah disucikan.+
-
-
2 Tawarikh 3:1, 2Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
3 Salomo mula membina Rumah Yehuwa+ di atas Gunung Moria di Yerusalem,+ iaitu di tempat yang telah disediakan oleh bapanya Daud.+ Yehuwa juga pernah menampakkan diri kepada Daud di situ. Itulah tempat mengirik* tuaian milik Ornan,+ seorang lelaki Yebus. 2 Salomo memulakan pembinaan rumah itu pada hari kedua, bulan kedua, tahun keempat pemerintahannya.
-