-
2 Samuel 8:10-12Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
10 Oleh itu, dia mengutus anaknya Yoram untuk memberikan salam kepada Daud dan mengucapkan tahniah kerana Daud telah menyerang Hadadezer dan mengalahkannya. (Dahulu Hadadezer selalu berperang dengan Toi.) Selain itu, Yoram membawa barangan perak, emas, dan tembaga untuk Daud. 11 Raja Daud mentahbiskan semua hadiah itu dan mempersembahkannya kepada Yehuwa. Dia juga berbuat demikian dengan perak dan emas yang diambilnya daripada bangsa-bangsa yang telah dikalahkannya,+ iaitu 12 Siria, Moab,+ Ammon, Filistin,+ dan Amalek.+ Selain itu, dia mentahbiskan dan mempersembahkan barangan yang dirampas daripada Hadadezer+ anak Rehob, iaitu raja Zoba.
-