-
2 Tawarikh 5:11-14Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
11 Semua imam yang hadir, iaitu imam-imam daripada semua kumpulan, telah menyucikan diri mereka.+ Semasa para imam itu keluar dari tempat yang suci,+ 12 para penyanyi orang Lewi+ yang terdiri daripada Asaf,+ Heman,+ Yedutun,+ dan anak-anak lelaki mereka serta saudara-saudara mereka, sedang berdiri di sebelah timur mazbah. Mereka memakai pakaian yang bermutu tinggi, dan memegang simbal, alat-alat muzik bertali, dan kecapi. Mereka juga disertai 120 orang imam lain yang meniup trompet.+ 13 Peniup trompet dan para penyanyi memuji dan mengucapkan syukur kepada Yehuwa dengan sebulat suara. Mereka memuji Yehuwa dengan berkata, “Kerana Dia baik, dan kasih setia-Nya kekal abadi,”+ sambil diiringi bunyi trompet, simbal, dan alat-alat muzik yang lain. Pada waktu itu, Rumah Yehuwa mula dipenuhi dengan awan.+ 14 Para imam tidak dapat meneruskan tugas mereka kerana awan itu. Sesungguhnya, kemuliaan Yehuwa telah memenuhi rumah Tuhan yang benar.+
-