PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • 2 Tawarikh 2:6
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 6 Tetapi siapakah yang layak membina sebuah rumah untuk Tuhan? Bahkan langit, ya seluruh langit pun tidak cukup luas bagi-Nya.+ Siapakah beta sehingga beta dapat membina sebuah rumah untuk-Nya? Beta hanya mampu mendirikan sebuah tempat untuk mempersembahkan korban dan membakarnya sehingga asap naik kepada-Nya.

  • 2 Tawarikh 6:18-21
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 18 “Tetapi adakah Tuhan akan betul-betul tinggal di bumi bersama umat manusia?+ Bahkan langit, ya seluruh langit pun tidak cukup luas bagi-Mu,+ apalagi rumah yang telah aku bina ini!+ 19 Ya Yehuwa, Tuhanku, dengarlah doa hamba-Mu, dan kabulkanlah permohonannya. Dengarlah hamba-Mu apabila hamba-Mu berdoa dan berseru meminta tolong di hadapan-Mu. 20 Semoga mata-Mu memerhatikan rumah ini siang dan malam, dan dengarlah hamba-Mu apabila dia berdoa menghadap ke tempat ini, kerana Engkau telah berfirman bahawa nama-Mu akan ada di sini.+ 21 Dengarlah seruan hamba-Mu dan umat-Mu Israel yang meminta pertolongan semasa mereka berdoa menghadap ke tempat ini.+ Semoga Engkau mendengar dari tempat kediaman-Mu di syurga,+ ya semoga Engkau mendengar dan mengampuni mereka.+

  • Nehemia 9:6
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 6 “Hanya Engkaulah Yehuwa.+ Engkau telah menjadikan langit, ya, seluruh langit dan angkatan tenteranya.* Engkau telah menciptakan bumi dan laut serta segala isinya. Engkau memelihara semua benda hidup, dan angkatan tentera langit bersujud kepada-Mu.

  • Kisah 17:24
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 24 Tuhan yang menjadikan dunia ini dan segala yang ada di dalamnya, Dialah Tuan langit dan bumi.+ Dia tidak tinggal di dalam rumah yang dibina dengan tangan manusia.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi