-
2 Tawarikh 30:9Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
9 Jika kamu kembali kepada Yehuwa, bangsa yang menawan saudara-saudara kamu dan anak-anak kamu+ akan mengasihani mereka lalu membenarkan mereka kembali ke negeri ini.+ Yehuwa, Tuhan kamu, ialah Tuhan yang berbelas kasihan dan suka mengampuni.+ Dia akan menyambut* kamu jika kamu kembali kepada-Nya.”+
-
-
Nehemia 2:7, 8Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
7 Aku berkata lagi, “Jika tuanku berkenan, berilah hamba surat untuk ditunjukkan kepada gabenor-gabenor di wilayah seberang Sungai Efrat,*+ supaya hamba dapat melalui kawasan mereka dan tiba di Yehuda dengan selamat. 8 Selain itu, berilah hamba surat untuk ditunjukkan kepada Asaf, iaitu penjaga hutan diraja,* agar dia membekalkan kayu balak kepada hamba untuk membina pintu gerbang Kubu+ Rumah Tuhan, tembok-tembok kota,+ dan tempat kediaman hamba.” Maka raja memberikan surat-surat itu kepada aku+ kerana Tuhanku menyertaiku.+
-