PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • 1 Raja-Raja 11:4
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 4 Ketika Salomo sudah tua,+ isteri-isterinya mempengaruhinya untuk menyembah tuhan-tuhan lain.+ Dia tidak seperti bapanya Daud, yang menyembah Yehuwa, Tuhannya dengan sepenuh hati.

  • 2 Tawarikh 7:19-22
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 19 Tetapi jika engkau berpaling daripada-Ku lalu sujud menyembah tuhan yang lain, dan tidak mengikut Aku serta tidak mematuhi hukum dan perintah yang telah Aku berikan kepadamu,+ 20 Aku akan mengusir* orang Israel dari negeri yang telah Aku berikan kepadamu.+ Selain itu, rumah yang telah Aku sucikan demi nama-Ku akan Aku singkirkan daripada pandangan-Ku. Aku akan memastikan bahawa rumah ini menjadi bahan hinaan dan ejekan semua orang.+ 21 Rumah ini akan menjadi timbunan batu dan sesiapa sahaja yang lalu di sini akan tercengang+ dan bertanya, ‘Mengapakah Yehuwa berbuat demikian terhadap negeri ini dan rumah ini?’+ 22 Kemudian orang akan berkata, ‘Mereka telah meninggalkan Yehuwa,+ Tuhan nenek moyang mereka. Dialah yang telah membawa mereka keluar dari negeri Mesir,+ tetapi mereka berpaling kepada tuhan-tuhan lain dan sujud menyembah tuhan-tuhan itu.+ Itulah sebabnya Dia mendatangkan semua malapetaka ini atas mereka.’”+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi