PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • 2 Tawarikh 9:3-8
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 3 Apabila ratu dari Syeba melihat kebijaksanaan Salomo,+ istana yang telah dibinanya,+ 4 makanan di mejanya,+ aturan tempat duduk pegawainya, cara kerja dan pakaian para pelayannya, pengurus minumannya dan pakaian mereka, dan korban-korban bakar yang sering dipersembahkannya di Rumah Yehuwa,+ ratu itu berasa sangat kagum. 5 Oleh itu, ratu berkata kepada raja, “Memang benar apa yang beta dengar di negeri beta tentang pencapaian* dan kebijaksanaan tuanku. 6 Tetapi beta tidak percaya sebelum beta datang dan melihat semuanya dengan mata sendiri.+ Apa yang beta dengar tentang kebijaksanaan tuanku tidak separuh pun daripada apa yang beta nampak sekarang.+ Tuanku jauh lebih hebat daripada apa yang telah beta dengar.+ 7 Berbahagialah rakyat tuanku dan para pegawai tuanku yang sentiasa bersama tuanku kerana mereka dapat mendengar kebijaksanaan tuanku! 8 Terpujilah Yehuwa, Tuhan tuanku! Dia berkenan kepada tuanku dan menjadikan tuanku raja yang mewakili Yehuwa, Tuhan tuanku. Dia mengasihi Israel+ dan mahu mereka kekal buat selama-lamanya, maka Dia telah menjadikan tuanku sebagai raja mereka supaya tuanku dapat menegakkan keadilan dan melakukan apa yang benar.”

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi