-
Yosua 20:9Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
9 Itulah kota-kota perlindungan yang dipilih untuk semua orang Israel dan orang asing dalam kalangan mereka. Sesiapa yang telah membunuh seseorang dengan tidak sengaja boleh melarikan diri ke sana.+ Dia tidak akan dibunuh oleh orang yang berhak menuntut pembalasan* tanpa diadili di hadapan umum terlebih dahulu.+
-
-
Hakim-Hakim 9:1, 2Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
9 Pada suatu hari, Abimelekh+ anak Yerubaal pergi berjumpa dengan saudara-saudara lelaki ibunya di Sikhem. Dia berkata kepada mereka dan kepada seluruh keluarga datuknya,* 2 “Tanyalah semua pemimpin* Sikhem: ‘Yang manakah lebih baik? Diperintah oleh 70 orang anak lelaki Yerubaal+ atau diperintah oleh seorang saja? Ingatlah bahawa aku ada pertalian darah dengan kamu.’”
-