PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • 2 Tawarikh 11:1-4
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 11 Apabila Rehabeam tiba di Yerusalem, dia segera mengumpulkan orang daripada suku Yehuda dan suku Benyamin.+ Sebanyak 180,000 orang pahlawan yang terlatih telah dikumpulkan untuk melawan Israel dan memulihkan kerajaan Rehabeam.+ 2 Yehuwa menyampaikan firman-Nya kepada Nabi Semaya,+ 3 “Katakanlah kepada Rehabeam anak Salomo, iaitu raja Yehuda, dan kepada semua orang Israel di Yehuda dan Benyamin, 4 ‘Inilah firman Yehuwa: “Janganlah berperang melawan saudara-saudaramu. Setiap orang haruslah pulang ke rumah masing-masing kerana Akulah yang telah menyebabkan hal ini berlaku.”’”+ Maka mereka mematuhi firman Yehuwa dan pulang. Mereka tidak pergi berperang dengan Yerobeam.

  • 2 Tawarikh 25:5
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 5 Amazia memanggil orang Yehuda dan menyuruh mereka berkumpul menurut puak masing-masing di bawah pimpinan ketua-ketua atas 1,000 orang dan ketua-ketua atas 100 orang. Dia berbuat demikian bagi semua orang Yehuda dan Benyamin.+ Semasa dia mendaftarkan mereka yang berumur 20 tahun dan ke atas,+ dia mendapati bahawa dia mempunyai 300,000 orang pahlawan terlatih yang dapat berperang dan pandai menggunakan tombak dan perisai besar.

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi