-
2 Raja-Raja 23:17, 18Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
17 Selepas itu, Yosia bertanya, “Beta nampak sebuah batu nisan di situ. Itu kubur siapa?” Penduduk kota menjawabnya, “Itu kubur seorang nabi Tuhan dari Yehuda.+ Dialah yang telah bernubuat tentang perkara-perkara yang baru sahaja tuanku lakukan terhadap mazbah di Bethel.” 18 Oleh itu, dia berkata, “Biarkanlah kubur itu. Jangan sentuh tulang-tulangnya.” Maka mereka tidak menyentuh tulang-tulang nabi dari Yehuda itu. Demikian juga dengan tulang-tulang nabi dari Samaria yang ada di situ.+
-