PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Ulangan 12:2, 3
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 2 Di tanah yang akan kamu duduki itu, kamu harus menghancurkan semua tempat penyembahan yang digunakan oleh penduduk di sana,+ sama ada di atas gunung, di atas bukit, atau di bawah pokok-pokok yang subur. 3 Kamu harus memusnahkan mazbah-mazbah mereka, menghancurkan tugu-tugu suci* mereka,+ membakar tiang-tiang suci* mereka, dan meremukkan patung-patung berhala mereka,+ agar nama tuhan-tuhan mereka lenyap dari tempat itu.+

  • Yesaya 57:5
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    •  5 Tidakkah kamu berkobar-kobar dengan nafsu

      Di bawah setiap pokok yang subur,+ di antara pokok-pokok yang besar?+

      Tidakkah kamu membunuh anak-anak di lembah*+

      Dan di celah-celah bukit batu?

  • Yeremia 2:20
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 20 ‘Dahulu Aku telah menghancurkan kukmu*+

      Dan memutuskan rantai yang mengikatmu.

      Tetapi engkau berkata, “Aku tidak akan berkhidmat kepada-Mu.”

      Di atas setiap bukit yang tinggi dan di bawah setiap pokok yang subur,+

      Engkau berbaring dan melacurkan diri.+

  • Hosea 4:13
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 13 Mereka mempersembahkan korban di atas gunung-gunung,+

      Dan mereka membakar kemenyan di atas bukit-bukit,

      Di bawah pokok-pokok oak dan pokok-pokok storaks,

      Serta di bawah pokok-pokok besar lain,+ kerana tempat-tempat itu teduh.

      Itulah sebabnya anak-anak perempuan mereka melacurkan diri,

      Dan menantu-menantu perempuan mereka berzina.

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi