-
Ulangan 23:17, 18Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
17 “Orang Israel, baik lelaki mahupun perempuan, tidak boleh menjadi pelacur kuil.+ 18 Kamu tidak boleh menggunakan wang yang dibayar kepada pelacur lelaki* atau pelacur perempuan untuk menunaikan ikrar di rumah Yehuwa. Hal ini demikian kerana semua itu merupakan sesuatu yang menjijikkan bagi Yehuwa, Tuhan kamu.
-
-
2 Raja-Raja 23:7Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
7 Dia juga merobohkan tempat tinggal pelacur-pelacur kuil lelaki+ yang ada di dalam Rumah Yehuwa. Di situlah kaum wanita menenun kain khemah untuk pemujaan tiang suci.
-
-
Hosea 4:14Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
14 Tetapi Aku tidak akan menghukum anak-anak perempuan mereka yang melacurkan diri,
Dan Aku juga tidak akan menghukum menantu-menantu perempuan mereka yang berzina,
Kerana para lelaki dalam kalangan mereka telah mengikut pelacur-pelacur,
Dan mempersembahkan korban bersama pelacur-pelacur kuil.
Sesungguhnya, umat yang tidak berpengertian+ ini akan dihapuskan.
-