-
2 Tawarikh 16:1-6Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
16 Pada tahun ke-36 pemerintahan Asa, Raja Baesa+ dari Israel menyerang Yehuda, dan mula memperkukuh kota Rama+ agar tidak ada sesiapa pun yang dapat keluar atau masuk ke wilayah Asa, raja Yehuda.+ 2 Maka Asa mengambil perak dan emas dari tempat penyimpanan harta di Rumah Yehuwa+ dan di istana raja, lalu memberikannya kepada Ben-hadad, iaitu raja Siria+ yang tinggal di Damsyik. Asa berkata kepada Ben-hadad, 3 “Kita telah membuat perjanjian seperti yang telah dilakukan oleh ayahanda beta dengan ayahanda tuanku. Beta menghantar semua perak dan emas ini kepada tuanku. Batalkanlah perjanjian tuanku dengan Raja Baesa dari Israel agar raja itu berundur dari wilayah beta.”
4 Ben-hadad mendengar kata-kata Raja Asa lalu mengutus beberapa orang ketua pasukan tenteranya untuk menyerang kota-kota Israel. Mereka telah menakluki Iyon,+ Dan,+ Abel-maim, dan semua tempat penyimpanan bekalan di kota-kota Naftali.+ 5 Semasa Baesa mendengar tentang hal itu, dia segera berhenti memperkukuh kota Rama lalu mengabaikan projek itu. 6 Raja Asa mewajibkan semua penduduk Yehuda untuk mengangkut batu-batu dan kayu-kayu dari Rama+ yang telah digunakan oleh Baesa.+ Kemudian dia menggunakan bahan-bahan itu untuk memperkukuh kota Geba+ dan kota Mizpa.+
-