-
Ulangan 32:39Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
Aku mencabut nyawa dan Aku memberikan nyawa.+
-
-
2 Raja-Raja 4:32Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
32 Apabila Elisa tiba di rumah wanita itu, dia nampak budak yang mati itu terbaring di atas katil.+
-
-
2 Raja-Raja 4:34Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
34 Dia meniarap pada tubuh budak yang berada di atas katil itu. Dia merapatkan mulutnya pada mulut budak itu, matanya pada mata budak itu, dan tapak tangannya pada tapak tangan budak itu. Dia berbuat demikian sehingga badan budak itu menjadi hangat.+
-
-
2 Raja-Raja 13:21Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
21 Semasa beberapa orang sedang menguburkan mayat seorang lelaki, mereka nampak kumpulan perompak itu datang. Maka mereka terus melemparkan mayat itu ke dalam kubur Elisa lalu melarikan diri. Apabila mayat itu tersentuh tulang-tulang Elisa, mayat itu bangun dan hidup kembali.+
-
-
Kisah 9:40, 41Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
40 Selepas Petrus menyuruh semua orang keluar,+ dia berlutut dan berdoa. Kemudian, dia menghadap mayat itu dan berkata, “Tabita, bangunlah!” Tabita membuka matanya dan apabila dia nampak Petrus, dia pun duduk.+ 41 Petrus menghulurkan tangannya dan membantu Tabita berdiri. Selepas itu, dia memanggil umat suci Tuhan, termasuk balu-balu tersebut, dan menunjukkan kepada mereka bahawa Tabita sudah hidup.+
-
-
Kisah 20:9, 10Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
9 Seorang pemuda yang bernama Eutikhus duduk di tingkap. Semasa Paulus sedang berucap, pemuda itu terlelap lalu terjatuh dari tingkat ketiga. Apabila dia diangkat, dia sudah mati. 10 Paulus turun ke bawah lalu merebahkan diri ke atas pemuda itu dan memeluknya+ sambil berkata, “Janganlah bersedih lagi. Dia sudah hidup semula.”+
-
-
Roma 14:9Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
9 Kristus mati dan hidup semula supaya dia menjadi Tuan kepada orang mati dan orang hidup.+
-
-
Ibrani 11:19Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
19 Abraham percaya bahawa walaupun Ishak mati, Tuhan dapat membangkitkannya daripada kematian. Dalam erti kiasan, dia telah menerima Ishak kembali daripada kematian.+
-