PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Yesaya 45:20
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 20 Hai kamu yang telah melarikan diri daripada bangsa-bangsa lain,

      Berhimpunlah dan datanglah bersama-sama.+

      Orang yang mengangkat patung berukir, tidak tahu apa-apa.

      Mereka berdoa kepada tuhan yang tidak dapat menyelamatkan mereka.+

  • Yeremia 10:5
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    •  5 Patung-patung itu seperti orang-orangan di kebun timun yang tidak dapat bercakap.+

      Patung-patung itu harus diangkat kerana tidak dapat berjalan.+

      Janganlah takut kepada patung-patung itu kerana patung-patung itu tidak dapat mencederakan kamu

      Atau membawa kebaikan kepada kamu.”+

  • Daniel 5:23
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 23 Tuanku meninggikan diri di hadapan Tuan di syurga.+ Tuanku menyuruh orang untuk membawa perkakas dari Rumah-Nya.+ Kemudian tuanku, para bangsawan, isteri-isteri, dan gundik-gundik tuanku minum wain daripada perkakas itu. Sambil minum, kamu semua juga memuji dewa dewi yang diperbuat daripada perak, emas, tembaga, besi, kayu, dan batu, meskipun dewa dewi itu tidak dapat melihat, mendengar, atau mengetahui apa-apa.+ Tetapi tuanku tidak memuliakan Tuhan yang dapat menentukan hidup mati tuanku,+ dan yang mengawal segala perbuatan tuanku.

  • Habakuk 2:18, 19
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 18 Manusia percaya kepada patung berhala

      Yang diperbuat daripada kayu, batu, dan besi.

      Berhala-berhala ini tidak dapat bersuara,

      Jadi apa gunanya berhala bagi orang yang membuatnya?

      Segala sesuatu yang engkau dapat daripadanya hanyalah tipu belaka.+

      19 Malanglah orang yang berkata kepada sekeping kayu, “Bangunlah!”

      Atau kepada sebuah batu yang tidak dapat bercakap, “Bangunlah! Ajarlah kami!”

      Lihatlah! Berhala-berhala itu disaluti dengan emas dan perak,+

      Tetapi tidak bernyawa sama sekali.+

  • 1 Korintus 8:4
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 4 Sekarang, mengenai persoalan makan makanan yang dipersembahkan kepada berhala, kita tahu bahawa berhala langsung tidak bernilai,+ dan kita juga tahu bahawa Tuhan hanyalah satu.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi