-
2 Raja-Raja 10:24Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
24 Selepas itu, mereka mula mempersembahkan korban-korban, termasuk korban bakar. Yehu telah menugaskan 80 orang di luar kuil itu dan berkata, “Jika kamu membiarkan salah seorang di dalam kuil itu melarikan diri, kamu akan dihukum mati!”*
-
-
Kisah 12:19Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
19 Herodes mencarinya dengan teliti, tetapi tidak berjaya menjumpainya. Maka dia menyoal para pengawal dan memerintahkan agar mereka dibawa untuk dihukum.+ Kemudian Herodes meninggalkan Yudea dan pergi ke Kaisarea. Dia tinggal di situ untuk suatu jangka masa.
-
-
Kisah 16:27Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
27 Apabila penjaga penjara itu terjaga daripada tidur, dia mendapati pintu-pintu penjara terbuka. Dia menyangka bahawa tahanan-tahanan di situ telah melarikan diri. Maka dia menghunuskan pedangnya dan mahu membunuh diri.+
-