-
2 Raja-Raja 9:25, 26Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
25 Kemudian Yehu berkata kepada Bidkar, pegawai tenteranya, “Angkatlah mayat Yehoram dan buangkannya di tanah milik Nabot, orang Yizreel itu.+ Adakah kamu masih ingat apa yang berlaku semasa kita berdua membawa kereta kuda di belakang bapanya Ahab? Waktu itu, Yehuwa telah mengumumkan hal berikut berkenaan Ahab:+ 26 ‘Yehuwa berfirman, “Kelmarin Aku nampak darah Nabot+ dan darah keturunannya.” Yehuwa juga berfirman, “Aku akan membalas perbuatanmu+ di tanah ini.”’ Sekarang, angkatlah mayat Yehoram dan buangkannya ke tanah itu kerana hal ini telah difirmankan oleh Yehuwa.”+
-
-
Pengkhutbah 4:1Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
4 Kemudian aku menumpukan perhatianku kepada segala penindasan yang berlaku di bawah matahari. Aku nampak orang yang ditindas menangis, tetapi tiada seorang pun yang melegakan hati mereka.+ Oleh sebab orang yang menindas mereka berkuasa, tiada seorang pun yang melegakan hati mereka.
-