-
1 Raja-Raja 15:25-29Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
25 Nadab+ anak Yerobeam menjadi raja Israel pada tahun kedua Asa menjadi raja Yehuda. Nadab memerintah Israel selama dua tahun. 26 Dia asyik melakukan apa yang jahat di mata Yehuwa, dan mengikut jejak bapanya+ yang telah berdosa dan membuat orang Israel berdosa.+ 27 Baesa anak Ahia daripada keturunan Isakhar merancang untuk menentang Nadab. Baesa membunuh Nadab di Gibeton,+ sebuah kota milik orang Filistin. Pada masa itu, Nadab dan semua tentera Israel sedang mengepung Gibeton. 28 Baesa membunuh Nadab pada tahun ketiga Asa menjadi raja Yehuda. Maka Baesa menggantikan Nadab sebagai raja. 29 Sebaik sahaja Baesa menjadi raja, dia membunuh seluruh keluarga Yerobeam. Seperti yang difirmankan oleh Yehuwa melalui hamba-Nya Ahia, orang Silo itu, Baesa membunuh setiap ahli keluarga Yerobeam yang masih hidup.+
-