-
2 Tawarikh 18:8-11Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
8 Raja Israel memanggil seorang pegawai istana dan berkata, “Cepat, bawalah Mikhaya anak Yimla kepada beta.”+ 9 Pada masa itu, Ahab dan Yehosafat sedang memakai pakaian diraja dan duduk di atas takhta yang terletak di tempat mengirik tuaian, iaitu dekat pintu masuk kota Samaria. Semua nabi bernubuat di hadapan mereka. 10 Kemudian Zedekia anak Kenaana membuat beberapa buah tanduk besi lalu berkata, “Inilah firman Yehuwa: ‘Engkau akan menggunakan tanduk-tanduk ini untuk menyerang* orang Siria sehingga mereka lenyap sama sekali.’” 11 Nabi-nabi yang lain juga bernubuat dan berkata, “Pergilah ke Ramot-gilead. Tuanku pasti berjaya.+ Yehuwa akan menyerahkan kota itu ke dalam tangan tuanku.”
-