PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • 2 Tawarikh 18:18-22
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 18 Mikhaya berkata lagi, “Dengarlah firman Yehuwa: Hamba nampak Yehuwa sedang duduk di atas takhta-Nya,+ dan seluruh angkatan tentera syurga+ berdiri di sebelah kanan dan di sebelah kiri-Nya.+ 19 Yehuwa bertanya, ‘Siapakah yang akan memperdaya Raja Ahab dari Israel supaya dia pergi ke Ramot-gilead lalu terbunuh di sana?’ Ada malaikat yang berkata begini, ada pula yang berkata begitu. 20 Kemudian satu malaikat+ tampil dan menghadap Yehuwa lalu berkata, ‘Aku akan memperdaya Ahab.’ Yehuwa bertanya kepadanya, ‘Bagaimanakah engkau akan berbuat demikian?’ 21 Malaikat itu menjawab, ‘Aku akan pergi lalu membuat semua nabi Ahab bercakap bohong.’ Maka Tuhan berfirman, ‘Pergilah dan buatlah demikian. Engkau akan memperdayanya dan engkau akan berjaya.’ 22 Oleh itu, Yehuwa mengutus malaikat itu untuk membuat nabi-nabi tuanku bercakap bohong.+ Sebenarnya Yehuwa telah berfirman bahawa tuanku akan ditimpa malapetaka.”

  • Ayub 1:6
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 6 Pada suatu hari, malaikat-malaikat*+ menghadap Yehuwa,+ dan Syaitan*+ juga turut hadir.+

  • Daniel 7:9, 10
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 9 “Aku terus melihat sehingga takhta-takhta disusun dan Dia Yang Lanjut Usia+ duduk di atas takhta-Nya.+ Pakaian-Nya putih seperti salji,+ dan rambut-Nya seperti bulu biri-biri yang bersih. Takhta-Nya ialah nyala api, dan roda-roda takhta itu ialah api yang bernyala-nyala.+ 10 Api juga mengalir dari takhta-Nya.+ Beribu-ribu malaikat melayani-Nya, dan berjuta-juta malaikat berdiri di hadapan-Nya.+ Kemudian Mahkamah+ memulakan perbicaraan, dan kitab-kitab dibuka.

  • Matius 18:10
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 10 Jangan sekali-kali memandang rendah pada muridku yang bagaikan anak kecil, kerana malaikat-malaikat mereka di syurga sentiasa menghadap muka Bapaku yang di syurga.+

  • Wahyu 5:11
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 11 Lalu aku melihat dan aku mendengar suara malaikat yang berpuluh-puluh ribu dan beribu-ribu* bilangannya.+ Mereka berada di sekeliling takhta, makhluk hidup, dan penatua-penatua itu.

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi