-
2 Tawarikh 18:23-27Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
23 Zedekia+ anak Kenaana menghampiri Mikhaya+ lalu menampar pipinya.+ Dia bertanya, “Adakah kamu fikir bahawa kuasa suci Yehuwa telah meninggalkan aku lalu bercakap kepadamu?”+ 24 Mikhaya menjawab, “Pada hari kamu masuk ke dalam bilik belakang untuk bersembunyi, pada hari itulah kamu akan mengetahuinya.” 25 Kemudian raja Israel berkata, “Bawa Mikhaya dan serahkannya kepada Amon, penguasa kota itu, dan kepada Yoas, anak raja. 26 Beritahulah mereka, ‘Inilah perintah raja: “Masukkan orang ini ke dalam penjara.+ Beri dia sedikit roti dan air sahaja sehingga beta kembali dengan selamat.”’” 27 Mikhaya berkata, “Jika tuanku kembali dengan selamat, maksudnya Yehuwa tidak berfirman melalui hamba.”+ Dia menyambung, “Hai semua orang, dengarlah apa yang telah aku katakan ini.”
-