-
2 Tawarikh 18:33, 34Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
33 Salah seorang askar Siria melepaskan anak panah, dan kebetulan anak panah itu menusuk Raja Ahab di antara sambungan baju zirahnya. Maka raja berkata kepada pemandu kereta kudanya, “Berundurlah dan bawalah beta keluar dari medan pertempuran ini kerana beta cedera parah.”+ 34 Pertempuran itu berlangsung sepanjang hari. Sementara itu, orang lain memegang raja Israel sehingga petang agar dia dapat berdiri di dalam kereta kudanya sambil menghadap orang Siria, dan dia mati ketika matahari terbenam.+
-