-
1 Raja-Raja 18:4Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
4 Semasa Izebel+ membunuh nabi-nabi Yehuwa, Obaja menyembunyikan 100 orang nabi di dalam gua, iaitu seramai 50 orang di dalam setiap gua. Dia juga memberikan roti dan air kepada mereka.)
-
-
1 Raja-Raja 19:2Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
2 Maka Izebel mengirim seorang utusan kepada Elia dengan pesanan berikut: “Jika esok pada waktu ini aku tidak memperlakukan kamu seperti nabi-nabi yang telah kamu bunuh, biarlah dewa dewiku menghukum aku dan melipatgandakan hukuman aku!”
-
-
1 Raja-Raja 21:15Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
15 Sebaik sahaja Izebel mendengar bahawa Nabot telah direjam sampai mati, dia berkata kepada Ahab, “Nabot sudah tiada lagi. Ya, dia sudah mati. Sekarang bangunlah dan ambillah ladang anggur yang tidak mahu dijualnya kepadamu.”+
-