-
1 Raja-Raja 16:15-19Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
15 Pada tahun ke-27 pemerintahan Asa raja Yehuda, Zimri menjadi raja dan memerintah di Tirza selama tujuh hari. Pada masa itu, ada pasukan tentera yang mengepung kota Gibeton,+ kota milik orang Filistin. 16 Beberapa lama kemudian, pasukan tentera yang sedang berkhemah mendengar orang berkata, “Zimri telah membuat rancangan jahat dan dia telah membunuh raja.” Maka pada hari itu juga di perkhemahan mereka, semua orang Israel melantik Omri,+ ketua pasukan tentera mereka untuk menjadi raja Israel. 17 Omri dan semua orang Israel yang ada bersamanya meninggalkan Gibeton lalu pergi mengepung kota Tirza. 18 Apabila Zimri nampak bahawa kota itu telah ditawan, dia masuk ke dalam menara di istana. Kemudian dia membakar istana itu dan mati dalam kebakaran itu.+ 19 Hal itu berlaku kerana Zimri berdosa. Dia melakukan apa yang jahat di mata Yehuwa dengan mengikut haluan Yerobeam dan menyebabkan umat Israel berdosa.+
-