PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Keluaran 32:26, 27
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 26 Kemudian Musa pergi ke pintu gerbang perkhemahan dan berkata, “Sesiapa yang berpihak kepada Yehuwa haruslah datang ke sini!”+ Lalu semua orang Lewi berkumpul di sekelilingnya. 27 Selepas itu, Musa berkata kepada mereka, “Inilah firman Yehuwa, Tuhan orang Israel: ‘Ikatkanlah pedang pada pinggang kamu dan jelajahilah seluruh perkhemahan, dari satu hujung ke hujung* yang lain, lalu bunuhlah saudara, jiran, dan sahabat karib kamu.’”+

  • Ulangan 13:6-9
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 6 “Jika saudara lelaki kamu, iaitu anak kepada ibu kamu, atau anak lelaki kamu, atau anak perempuan kamu, atau isteri yang kamu kasihi, atau sahabat karib kamu, mencuba mempengaruhi kamu secara sembunyi-sembunyi dengan berkata, ‘Marilah kita pergi dan menyembah tuhan-tuhan lain,’+ iaitu tuhan-tuhan yang belum kamu atau nenek moyang kamu kenal, 7 yang disembah oleh bangsa-bangsa di sekeliling kamu, sama ada yang tinggal dekat dengan kamu, atau yang tinggal jauh daripada kamu, atau dari mana-mana tempat di negeri kamu, 8 jangan biarkan diri kamu dipujuk olehnya dan jangan mendengarkan kata-katanya.+ Jangan mengasihani dan jangan melindungi orang itu. 9 Sebaliknya, kamu harus membunuh orang itu.+ Biarlah kamu menjadi orang pertama yang merejam orang itu, dan kemudian biarlah orang lain merejamnya.+

  • Yehezkiel 9:5
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 5 Aku juga mendengar Dia berfirman kepada lelaki-lelaki yang memegang senjata itu, “Ikutlah di belakangnya semasa dia menjelajahi seluruh kota dan bunuhlah orang di situ. Janganlah mengasihani mereka dan janganlah memandang mereka dengan belas kasihan.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi