PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Ulangan 3:13-16
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 13 Kawasan Gilead yang selebihnya dan seluruh Basan yang diperintah oleh Raja Og telah aku berikan kepada separuh suku Manasye.+ Seluruh daerah Argob, iaitu Basan, dahulu dikenali sebagai tanah orang Refaim.

      14 “Yair+ daripada suku Manasye menduduki seluruh daerah Argob+ sampai ke sempadan tanah orang Gesur dan orang Maakha.+ Yair menamakan pekan-pekan kecil di sana Hawot-yair*+ menurut namanya sendiri, dan semua pekan itu masih dikenali dengan nama tersebut sampai hari ini. 15 Aku memberikan daerah Gilead kepada Makhir.+ 16 Kepada suku Ruben dan suku Gad+ pula, aku memberikan kawasan dari daerah Gilead sampai ke Lembah Arnon, dengan bahagian tengah lembah itu sebagai sempadan kawasan mereka, dan sampai ke Lembah Yabok yang merupakan sempadan tanah orang Ammon.

  • Ulangan 28:63
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 63 “Sebagaimana Yehuwa berasa senang hati untuk menjadikan kamu makmur dan menambahkan bilangan kamu, demikian juga Yehuwa akan berasa senang hati untuk membinasakan dan memusnahkan kamu. Kamu akan diusir dari tanah yang akan kamu duduki.

  • Yosua 13:8-12
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 8 Musa telah memberikan tanah di sebelah timur Sungai Yordan sebagai warisan kepada setengah daripada suku Manasye yang lain, suku Ruben, dan suku Gad. Tanah yang diberikan oleh Musa, hamba Yehuwa, merangkumi kawasan berikut:+ 9 Kota Aroer+ yang terletak di pinggir Lembah* Arnon,+ termasuk kota yang terletak di tengah lembah itu, dan seluruh dataran tinggi di Medeba sampai ke Dibon; 10 semua kota Raja Sihon, iaitu raja orang Amori yang memerintah di Hesybon, sampai ke sempadan orang Ammon;+ 11 kawasan Gilead, kawasan orang Gesur dan orang Maakha,+ seluruh Gunung Hermon, dan seluruh kawasan Basan+ sampai ke Salkha;+ 12 seluruh kerajaan Raja Og dari Basan, yang memerintah di Asytarot dan Edrei. (Dia salah seorang keturunan Refaim yang terakhir.)+ Musa telah mengalahkan mereka semua dan mengusir mereka.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi