-
2 Tawarikh 23:8-11Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
8 Orang Lewi dan semua orang Yehuda melakukan segala yang diperintahkan oleh Imam Yehoyada. Maka setiap orang mengumpulkan anak buah mereka, baik yang bertugas pada hari Sabat mahupun yang tidak bertugas pada hari Sabat,+ kerana Imam Yehoyada mahu mereka semua untuk terus bertugas.+ 9 Selepas itu, Imam Yehoyada memberi ketua-ketua atas 100 orang+ tombak, perisai kecil,* dan perisai berbentuk bulat milik Raja Daud,+ yang disimpan di rumah Tuhan yang benar.+ 10 Setiap orang memegang senjata dan ditugaskan ke tempat masing-masing. Mereka berkawal di sekeliling raja, dari sebelah kiri Rumah Tuhan sampai ke sebelah kanan, di sisi mazbah dan di sisi Rumah Tuhan. 11 Kemudian mereka membawa anak raja+ keluar lalu mengenakan mahkota padanya dan meletakkan gulungan yang mengandungi Hukum Tuhan di atas kepalanya.+ Yehoyada dan anak-anak lelakinya mengurapi anak itu dan menabalkannya sebagai raja. Setelah itu, mereka bersorak, “Daulat tuanku!”+
-