-
2 Tawarikh 23:12-15Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
12 Apabila Atalya mendengar orang sedang berlari dan bersorak-sorai sambil memuji raja, dia segera pergi ke Rumah Yehuwa, ke tempat mereka berkumpul.+ 13 Dia nampak raja sedang berdiri di sisi tiang dekat pintu masuk. Para pemimpin+ dan peniup trompet ada bersama dengan raja. Semua orang bersukacita+ dan meniup trompet. Para penyanyi sedang memimpin nyanyian pujian dengan alat-alat muzik mereka. Maka Atalya mengoyakkan jubahnya dan berteriak, “Pengkhianat! Pengkhianat!” 14 Imam Yehoyada memanggil ketua-ketua atas 100 orang (iaitu ketua-ketua angkatan tentera) dan berkata, “Bawalah Atalya keluar dari barisan pengawal, dan sesiapa yang mengikutnya haruslah dibunuh dengan pedang!” Hal ini demikian kerana Yehoyada pernah berkata, “Jangan bunuh Atalya di Rumah Yehuwa.” 15 Maka mereka menangkap Atalya dan membawanya ke Pintu Gerbang Kuda di istana. Kemudian mereka serta-merta membunuhnya di situ.
-